Kamis, Februari 12, 2009

agama

Kesan Sains terhadap Keimanan
Umat Islam hari ini menghadapi masalah yang besar untuk meneruskan kelangsungan hidupnya kerana intipati kewujudan mereka yakni keimanan mereka kepada Allah telah tergugat dengan warna-warni kehidupan yang telah dihasilkan oleh perkembangan sains dan teknologi. Teknologi telah melonjakan industri muzik, perfileman, media massa dan pendidikan menjadi industri yang mendarah daging di dalam kehidupan manusia. Gugatan terhadap keimanan umat berlaku apabila industri ini dalam bentuk yang menyukakan umat telah menitiskan fahaman ateisme, pergaulan bebas, kemewahan yang melampau, keseronokan dan kebebasan daripada ikatan agama ke dalam pemikiran dan hati mereka. Hasilnya masalah keruntuhan akhlak di kalangan umat islam seperti perzinaan umpamanya bukanlah feneomena yang berlaku di bandar sahaja tetapi telah menular ke kawasan kampung dan pedalaman.

Suatu masa dahulu keimanan umat pernah digugat dengan kemasukan pemikiran Yunani hasil daripada pemikiran tokoh-tokoh mereka seperti Socrates dan Plato tentang alam dan ketuhanan ke dalam tamadun Islam. Oleh itu para ulama telah menyusun sifat 20 di dalam ilmu tauhid bagi menjelaskan sifat ketuhanan yang benar yang ada pada Allah SWT. Masalah yang sama dengan wajah yang agak berbeza berlaku pada hari ini di mana sains barat yang menggunakan kaedah emperikal telah menafikan kewujudan Allah di dalam kehidupan manusia sedangkan apa yang mereka kaji adalah bukti-bukti (ayat-ayat) kebesaran Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar